Saturday, March 3, 2012

Kuasa Minda

Dalam satu kajian secara saintifik kuasa minda, alpha brain wave merupakan salah satu faktor utama seseorang mendapat ilham yang begitu hebat dalam hidupnya. seolah-olah ia membangkitkan rahsia dari dalam dirinya untuk dipersembahkan kepada alam realiti. Ia sebenarnya adalah anugerah tuhan bahawa minda manusia adalah yang terbaik berbanding makhluk lain. dan ia diakui sebagai manusia itu sebaik-baik ciptaan spt dalam surah at-Tiin ayat 4.
Dr. Joseph Murphy pengarang buku The Power Of Your Subconscious Mind pernah berkata bahawa kekayaan itu sebenarnya adalah bertitik tolak daripada keyakinan dalam diri seseorang individu.. Sekiranya kita menstimulasikan dari dalam diri melalui minda separa sedar bahawa "aku yakin boleh jadi kaya dengan cara yang tersendiri" dengan secara automatik, badan dan fikiran akan terarah kepada matlamat tersebut dan akan menerima beberapa kesan yang mengagumkan sehingga berjaya..

Dan ini juga berlaku pada ramai jutawan jika diperhatikan.. Spt salah seorang dalam documentary video The Secret, John Assaraf (multi-millionaire entrpreneur) sblm dia kaya dulu pernah buat satu 'dream board' .. iaitu sebuah papan kenyataan kecil yg meletakkan gambar-gambar kereta impian, rumah idaman dan pelbagai lagi 'dream' dia untuk jadi kaya-raya dengan memiliki banyak harta berharga..

Dan dalam masa 5 tahun selepas itu beliau mendapat apa yang beliau inginkan.. rumah mahligai yang besar, kereta yang cantik dan family yang bahagia.. Ini bermakna kuasa minda separa sedar boleh di'train' sebaik mungkin dan sistematik..

Saya percaya pada kuasa minda separa sedar .. kerana saya turut mengalaminya sendiri.
Sebagai contoh saya impikan sebuah karier yang diidamkan, ada office beraircond, sebuah kereta idaman dan sebuah rumah di bandar yang strategik.. alhamdulillah kini saya sudah memilikinya kerana percaya pada kebolehan diri sendiri. Dulu saya adalah 'nothing' tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan.. Tapi kerana saya ada 'keyakinan' dan selalu tanamkan azam untuk mencapai apa yang diimpikan sudah tentu ia akan membuahkan hasil dalam jangka masa yang tertentu. Cepat atau lambat bukan persoalan, tetapi sejauh mana anda yakin pada diri anda sendiri..

Mungkin saya akan dedahkan sedikit rahsia yang saya baca mengenai kuasa minda yang melibatkan keyakinan dan kepercayaan.. Apa yang penting adalah 'positive thinking' dalam hidup.. ia sebenarnya mempengaruhi hidup semua... Bacalah ayat-ayat di bawah dan selaminya jauh dalam diri.. jika anda percaya.. ia akan sebati dalam diri utk berjaya lebih hebat...

Everyday I'm growing richer
I love money. Money loves me.
Making money is fast and easy.

I enjoy the process of making money.
I am born to be rich.

I spend and give away my money wisely and
money flows back to me multiplied.

I provide tremendous values to the society.
In return, I get back tremendous wealth...
When money starts flowing into your life, remember to keep circulating it back into the society. Money is like your blood, it must be circulated in order to keep yourself financially healthy.....
Tips seperti ini anda perlu bayar beratus dollar usd di luar negara.. tetapi saya percaya jika saya kongsikan sesuatu yang berharga dengan anda semua ia akan memberi manfaat semula kepada saya berpuluh kaliganda... itulah 'keyakinan' yang saya percaya selama ini sehingga berjaya merealisasikan banyak perkara dalam hidup..

Anda bila lagi nak gunakan kuasa minda ini ?
Bila dah tahu praktikkannya dengan penuh kebaikan dan ia akan dibalas dengan berkaliganda baiknya di masa depan.. Dan bagi orang Islam mereka ini bertuah kerana dikurniakan rahmat dan pahala berganda.. percayalah pada tuhan kerana Dia akan memberi rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.. wayarzuqhu min haisu la yahtasib.. (petikan ayat seribu dinar)..

Monday, June 6, 2011

PADAMU AKU BERSUJUD..

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa kulihat selain hanya nama-Mu
Ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanmu
Saat kau limpahkan kurniamu
Dalam sunyi aku bersujud


Lagu: Afgan

043 - Definisi Ahli Sunnah Menurut Para Ulama-nya (Secara Ringkas)


Maksud Sunnah Menurut Istilah:

Menurut ulama hadis, sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi s.a.w., berupa ucapan, perbuatan, ketetapan, sifat bawaan, karakter, akhlak, atau perilaku, sama ada yang terjadi sebelum atau setelah kenabian. (Tauzih an-Nadzar ila Ushul al-Atsar, Thahir as-Simasqi, hal. 3)

Menurut ulama ushul fiqh, sunnah adalah sesuatu yang dinukil dari Rasulullah s.a.w. yang tidak termaktub secara tekstual di dalam al-qur’an akan tetapi tekstualnya dari beliau sebagai penjelas dari al-Qur’an. (al-Muwafaqat, asy-Syatibi, jil. 4, hal. 3)

Imam asy-Syatibi berkata, “Sunnah menjadi dari bid’ah, dikatakan Fulan di atas as-Sunnah bila ia berbuat sesuai dengan ajaran Nabi s.a.w., atau Fulan di atas kebid’ahan bila perbuatannya berseberangan dengan ajaran beliau.” (al-Muwafaqat, asy-Syatibi, jil. 4, hal. 4)

Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah menukil perkataan Imam Abu Hasan Muhammad bin Abdul Malik al-Kharji, “Sunnah adalah meniti jalan Rasulullah s.a.w. dan meniru tingkah laku beliau dalam tiga hal; ucapan, perbuatan, dan aqidah.” (Majmu’ Fatawa, jil. 4, hal. 180)

Ibnu Rejab berkata, “Sunnah ialah jalan yang ditempuh mencakup seluruh ajaran Rasulullah s.a.w., para Khulafaurrasyidun Radhiyallahu ‘Anhum, sama ada berupa keyakinan, tindakan, dan ucapan. Oleh kerana itu, ruang lingkup sunnah menurut generasi salaf mencakup itu semua. Demikian itu diriwayatkan dari Hasan al-Basri, al-Auza’i, dan Fudhail bin Iyadh.” (Muqaddimah Shiyanah al-Insan ‘an Was-was Asy-Sheik ad-Dakhlan, M. Rasyid Ridha, hal. 7)

Definisi Ahli Sunnah:

1 – Ibnu Hazm berkata:

“Ahli sunnah adalah pengikut kebenaran selain mereka termasuk ahli bid’ah. Mereka adalah para sahabat dan setiap orang yang meniti manhaj mereka dari kalangan tabi’in, kemudian ahli hadis dan para pengikut mereka dari kalangan ulama ahli fiqh, serta para pengikut mereka sama ada dari belahan bumi di bahagian timur atau pun barat hingga sekarang.” (al-Fashl al-Milal wa al-Ahwa an-Nihal, jil. 2, hal. 271)

2 – Ibnul Jauzi berkata:

“Tidak diragukan bahawa mereka ahli naql (nash) dan atsar yang mengikuti atsar Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah ahli sunnah, kerana ajaran mereka tidak tercemar oleh bid’ah. Imam as-Suyuti sependapat dengan definisi ini.” (Talbis al-Iblis, hal. 21)

3 – Menurut Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyah:

Ahli sunnah adalah, “Setiap orang yang berpegang teguh kepada Kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w., serta ijma’ para generasi pertama dari kaum Muhajirin dan Anshar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.” Beliau menambahkan, “Barangsiapa berbicara sesuai dengan al-Qur’an dan Sunnah serta ijma’ maka dia termasuk ahli sunnah.” (Majmu’ Fatawa, hal. 375, dan 346)

4 – Menurut Sheikh Abdurrahman as-Sa’di:

“Ahli sunnah yang asli adalah mereka yang lurus, bersih dari kotoran bid’ah, berpegang teguh terhadap ajaran Nabi s.a.w. dan ketetapan para sahabat dalam seluruh dasar agama, sama ada yang berkaitan dengan asas tauhid, risalah, takdir, masalah iman dan yang lain. Dan yang bertentangan dengan mereka sama ada dari kalangan Khawarij, Mu’tazilah, Jahmiyah, Qadariyah, Rafidhah, dan Murjiah serta orang yang mengikuti manhajnya tergolong ahli bid’ah.” (al-Fatawa as-Sa’diyah, Sheikh Abdurrahman as-Sa’di, hal. 63-64)

5 – Menurut Sheikh Dr. Ibrahim Amir ar-Ruhaili:

“Ahli sunnah adalah orang yang selalu berpegang teguh kepada Kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w., serta ijma’ para sahabat dan tabi’in serta orang-orang yang mengikuti mereka secara baik hingga sekarang. Termasuk ahli sunnah, orang awam yang mengikuti manhaj mereka. Seseorang belum boleh dikatakan sebagai ahli sunnah sebelum berlepas diri dari ahli bid’ah dan para pengikut hawa nafsu serta segala ucapan mereka.” (Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah (terjemahan dari kitab: Mauqif Ahli Sunnah wal Jama’ah min Ahli Ahwa’ wa al-Bid’a), hal. 7)

6 – Menurut Ibnul Mubarak:

“Sumber kesesatan tujuh puluh dua firqah kembali kepada empat firqah iaitu Qadariyah, Murji’ah, Syi’ah, dan Khawarij. Barangsiapa yang mengutamakan Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali, dan mendudukkan selain mereka secara baik serta berdoa kebaikan untuk mereka, maka ia telah keluar dari tuduhan Syi’ah secara keseluruhan. Siapa yang mengatakan iman terdiri daripada ucapan dan perbuatan boleh bertambah dan berkurang, bererti dia telah bebas dari tuduhan Murji’ah. Barangsiapa yang menyatakan bahawa, solat boleh ditegakkan di belakang orang yang baik dan buruk, jihad bersama khalifah dan tidak keluar dari imam dengan pedang serta selalu berdoa kebaikan untuk pemimpin, bererti dia telah bersih dari tuduhan Khawarij, serta siapa saja yang menyatakan bahawa semua ketentuan takdir dari allah yang baik dan yang buruk, Allah memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendaki dan menyesatkan siapa saja yang dikehendaki, aka dia telah terbebas dari kesesatan Qadariyah dan tergolong dalam kelompok ahli sunnah.” (Syarh as-Sunnah, Imam al-Hasan al-Barbahari, hal. 57)
Dasar Dari Hadis:

1 – Berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah para Khulafaurrasyidun yang telah mendapat petunjuk, peganglah dan gigitlah dengan gigi geraham. Dan berhati-hatilah terhadap segala perkara yang baru (dalam urusan agama), setiap perkara baru adalah bid’ah, dan setiap yang bid’ah adalah sesat. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim, dan ad-Darimi)

2 – Sesungguhnya ahli kitab berpecah di dalam agama mereka menjadi 72 kelompok, dan umat ini akan pecah menjadi 73 golongan. Semua di neraka, kecuali satu iaitu jamaah. Dan akan muncul dari umatku sekelompok kaum yang dibawa hanyut oleh hawa nafsu laksana orang terkena penyakit anjing gila yang melemahkan seluruh otot dan persendian. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, ad-Darimi, al-Maruzi, dan Ibnu Abu ashim dalam as-Sunnah)

Imam qadhi Ibnu Abi al-Izz alHanafi berkata, “al-Jama’ah adalah jamaah kaum muslimin, iaitu para sahabat dan tabi’in yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari pembalasan. (Syarh Aqidah ath-Thahawiyah, hal. 431)


Thursday, May 12, 2011

SEJARAH 13 MEI 1969 ( 42 tahun yang lalu)






Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

  • Melayu : 86 orang
  • Cina : 342 orang
  • Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Sumber dari Wikipedia